Thursday, 13 August 2015

Road Trip Meronda Tanah Air

Assalamualaikum

Hai ! Apa khabar . Macam aku pernah cerita sebelum ni, aku akan buat review novel-novel lejen yang aku pernah baca kat blog aku ni . Maaf laa, baru sekarang dapat buat review . Bukan apa, sebelum ni aku busy makan tidur je kat rumah ni . Baru sekarang aku ada kesedaran untuk menaip keyboard laptop nih . Hahahaha !

Okay ! Hari ini aku nak cerita sikit la pasal salah satu koleksi novel Lejen Press aku yang bertajuk 'Road Trip Meronda Tanah Air'. Buku ini merupakan Antologi Cerpen penulis-penulis hebat Lejen Press . 'Hidup ini satu kembara' - membaca buku ini juga seperti sebuah pengembaraan.

Terdapat 14 cerita bagi setiap negeri di Malaysia . Haaa, Malaysia kan ada 14 negeri, so dalam buku ni setiap satu negeri, ada satu cerita . Kalau korang nak tahu cerita apa bagi setiap negeri tu, korang kena laa beli . 

Untuk makluman korang, di setiap cerita dalam antologi cerpen ni, ia mengisahkan pelbagai tragedi dan kejadian yang berlaku sepanjang 'watak' berkunjung ke negeri-negeri di Malaysia . Setiap negeri, berbeza watak dan kejadian . Apa yang bestnya pasal buku ni, korang akan tahu sejarah negeri lain, keistimewaan negeri lain, makanan terkenal negeri lain, tempat-tempat best di negeri lain, dan macam-macam lagi . 

Salah satu cerpen yang aku suka dalam buku ini ialah cerpen bertajuk 'Sampai Sini Jelah Kot' hasil penulisan Syafiq Aizat . Korang nak tahu sebab apa ? Kena laa baca sendiri . Kalau aku cerita kat sini, karang siapa nak beli buku tuh . Hahahaha . 


Haa, korang rasa mana lagi nak jumpa buku cerita macam tuh . Kat Lejen Press je yang ada . Jujurnya, aku suka konsep antologi cerpen macam ni . Kipidap bro !

"Hidup ini satu kembara. Dalam kembara ada banyak destinasi. Dalam mencari destinasi ada banyak jalan perlu disusuri. Dalam menyusuri jalan, ada banyak simpang perlu dimasuki."

Buku ni bukan mahal pon. Baru RM20.00 . Kalau korang ada baucer buku, lagi lahh best . Baucer buku pon diterima tau . Baucer buku RM50.00 tu korang boleh dapat 3 buku . Haaa, best kan !

Okay lah, next aku nak sambung cerita lain pulak ehh .

Jumpa nanti . Byeee gaisss !

Sunday, 14 June 2015

Media Sosial punca pergaduhan ?


Assalamualaikum 


Setuju ke kalau aku cakap yang media sosial menjadi kepada punca kepada masalah dalam setiap hubungan ?

Aku tak tau la kenapa aku rasa yang media sosial ni adalah punca utama kepada masalah dalam setiap perhubungan selain daripada tidak persefahaman . Well, aku sendiri mengalami situasi tu, kawan-kawan aku pon mengalami jugak . Dan aku, aku memang suka memerhati setiap individu . Mcm kawan-kawan aku, aku selalu perhatikan, kalau diorang bergaduh dengan partner diorang, kadang-kadang benda kecik pon boleh jadi besar .

Aku percaya, dengan adanya sosial media ni, ia boleh merapatkan hubungan antara kita dengan orang jauh, dan ia juga boleh menjarakkan hubungan antara kita dengan orang sekeliling kita . hahah . Mana tidaknya ! Tengah makan dengan pasangan masing-masing pon sibuk dok melayan wassap lah, wechat lah, facebook lah, apa lah ! Kau ingat pasangan kau yang dekat sebelah tu tunggul ke apa ? Layan la dia elok-elok. Stop dulu main media sosial tuh . Tapi terpulang, kalau kau memang tak boleh berenggang dengan media sosial, then kau teruskan lah ‘bercinta’ dengan media sosial kau tuh . Kau kan pika, mcm bercakap dengan cermin . Kahkahkah .  

So, berbalik kepada tadi . Contoh yang paling senang aku nak guna ialah aplikasi Whatsapp. Semua orang tau yang aplikasi wassap ni ada bluetick . Maksud bluetick tu ialah mesej yang kita hantar pada individu tu telah dibaca . So, bila kita nampak mesej yang kita hantar tu ada bluetick, maknanya penerima mesej kita tu dah baca mesej kita . Ehh, dah berapa kali nak ulang . Kan sama maksud tuh . Hahaha :D

Okay, mcm aku cakap tadi, masalah kecik boleh jadi besar kan . So, aku nak kaitkan dengan wassap.

Contohnya kau hantar wassap kat boyfriend kau, beberapa minit kemudian kau nampak mesej yang kau hantar tu dah bluetick means dia dah baca mesej kau . Tapi, dia tak balas. Mesti kau akan marah, akan fikir yang bukan-bukan . Mula lah kau hantar mesej lagi yang panjang-panjang, cakap yang dia taknak balas la, layan perempuan lain lah, malas nak layan kau lah, walhal, kau tau tak yang sebenarnya dia tengah sibuk buat kerja . Mungkin dia cuma sempat baca then sambung buat kerja . Niat dia, dia nak balas wassap kau tu lepas dia settle kerja, tapi, bila kau dah push dia dengan kata-kata makian dan tuduhan bertubi-tubi, terus dia malas nak layan kau . And one more things to men, bila kau dah TERBUKAK wassap tu, kau reply la walau sikit. Just cakap yang kau busy dan kau akan mesej dia bila kerja kau dah siap . Takdelah girlfriend kau tertunggu-tunggu mesej dari kau dan hantar kata-kata makian pada kau . Hahahaha . And girls, please laa, kalau dia tak balas, kau paham je lah . Cuba husnuzon dengan setiap apa yang boyfriend kau buat . Tapi, jangan percaya 100% sangatlah . Letak lah sedikit keraguan terhadap dia . Terpulang pada kau, kalau kau nak bersangka baik, then do it, kalau taknak, memang setiap kali masalah timbul, korang akan bergaduh je lah .

Aku nak tambah lagi sikit lah. Korang pon tahu kan kat aplikasi Whatsapp ni pon ada ‘Online’ and ‘Last Seen’ . Haa, dua benda ni pon boleh buat pasangan yang tengah hangat bercinta bergadoh ! Nak tau sebab apa ? Alaaa, korang mesti dah tau kan . Hahahaha . Okay, mcm ni lah, aku cerita sikit lah ehhh .

First, aku nak cerita pasal online tuh . Fungsi online tu dia nak bagi tahu yang orang tu tengah online means dia tengah bukak wassap and baca mesej dalam group ataupun dia tengah wassap dengan pengguna wassap lain . So, bagi pasangan yang bercinta, mereka ni sentiasa 24/7 online wassap . Hahahaha . Tengah angau la katakan . Tapi, bagi yang dah nak ‘hangit’ bercinta, bila nampak pasangan kita online tapi dia tak wassap kita pon boleh jadi gadoh . Kelakar kan . Tapi, itulah hakikatnya . Aku pon pernah melaluinya . Perempuan ni dia akan ada rasa insecure dengan pasangan dia . Tu yg sampai fikir bukan-bukan bila pasangan dia tak wassap . Fikir boyfriend kau wassap dengan perempuan lain lah, dengan ex dia lah . Haishh . Yang lelaki ni pulak watlek watpeace je . Saje nak bagi perempuan berangin . Kannnnn ..

Masalah kedua dalam Whatsapp ialah ‘Last Seen’. Ni lagi satu benda yang boleh buat kau dengan pasangan kau bergaduh kan . Contohnya, kau tengah wassap dengan BF kau, then tetiba dia tak reply . Beberapa minit kemudian, kau tengok last seen dia tak bergerak, kau pon masih boleh rilex. Tapi, bila kau nampak last seen dia pukul 2 3 pagi dan dia tak balas wassap kau, terus kau mengamuk ! Mula la kau menyumpah, cakap dia menggatal dengan perempuan lain lah, apa lah . Enuff la girls, kurangkan makian terhadap lelaki . Mungkin masa pukul 2 3 pagi tu dia terjaga and TERBUKAK wassap . Gigih la dia mamai-mamai tu nak balas wassap kau . Kalau dia balas pon, kau respon ke ? Haaaa .

Lagi satu, aku bukan nak bagi tips ke apa lah . Kalau kau rasa dah penat bergaduh sebab ‘online’ la, sebab ‘last seen’ laa, baik kau hide je last seen kau tuh . So, takdelah kau nampak last seen BF kau dan BF kau pon tak nampak last seen kau . Kalau sesuatu benda tu boleh bawak kepada pergaduhan, cuba elakkan . Kadang-kadang benda yang kita nampak kecik ni lah akan menjadi besar .

Dulu, kawan aku ada bagi satu teori ni masa BF aku kantoi msg dengan perempuan lain . Kalau BF kau online wassap and perempuan yang dia pernah msg tu pon online wassap jugak, maknanya diorang tengan wassap . Err, korang paham tak maksud aku nih ? Hahaha . Paham-paham je la ehh . So, aku cuba la guna teori tu sebab aku dah dapat no perempuan tuh . Dengan itu setiap masa lah aku tengok, BF aku online, perempuan tu pon online . Last seen BF aku dengan perempuan tu pon sama . Tak tau la nak kata kebetulan atau memang betul dia wassap . Tapi, naluri kewanitaan aku ni kuat mengatakan yang diorang memang wassap walaupun BF aku nafikan . Bila aku dok sembur-sembur BF aku, aku pulak kena sembur balik . Padan la muka dengan aku . Yelah, mcm la kawan wassap dia tu cuma perempuan sorang . Same goes tu perempuan tu jugak . Mcm la dia berkawan dengan BF aku je .

Bila fikir-fikir balik kan, baik jangan guna teori ni . Kau akan makin sakit hati tau tak . Kalau kau kerap mempertikaikan pasal last seen, pasal online, ataupun bluetick sekalipon, kau memang akan sakit hati . Jujur aku cakap, benda alah ni akan buat korang fikir yang bukan-bukan terhadap pasangan kau . Sedangkan, dalam setiap hubungan memerlukan kepercayaan antara satu sama lain kan .

Jadi terpulang pada korang, elakkan bergaduh disebabkan perkara kecik nih . Aku dah alami benda ni dan aku dah merana disebabkan benda ni . Aku tidak menyalahkan media sosial ini sebagai punca kepada permasalahan kepada setiap pasangan . Tetapi, bergantung pada pasangan tersebut juga bagaimana mereka mengatasi masalah ini . Silap kita sebagai wanita terlalu emosi dalam setiap tindakan dan kata-kata . Cuba bertindak secara rasional, pasti akan ada jalan penyelesaiannya . Kalau asyik bergaduh pasal bluetick, last seen, mcm mana nak kahwin nanti . Hehehehehehe .

Okay, rasanya setakat ni perkongsian aku . Thank you sudi baca :)

Assalamualaikum . Bye.

Kenapa aku suka baca buku 'Lejen'

Assalamualaikum 

 Koleksi buku Lejen aku 


Kawan-kawan aku suka tanya, kenapa aku suka sangat baca buku-buku Lejen Press nih . Aku pon macam sharp blur blur sebab apa aku suka sangat baca buku-buku nih . hahaha . Alaaa, aku bukan apa, selain dapat kurangkan tension buat assignment, aku suka baca sebab dia dekat dengan hati aku . 

Apa yang dekat dengan hati aku ialah dari segi penggunaan ayat penulis tu, jalan cerita dia . Kalau dah penulis-penulis buku ni semuanya anak muda, paham-paham je lah ayat yang diorang gunakan . Kita sebagai pembaca pon mudah paham . Bagi aku, buku-buku Lejen Press ni dari segi pengisian memang 'ringan' la . Tapi, kau akan jumpa juga gaya penulisan yang 'berat' . Kau kena betul-betul paham apa yang penulis cuba sampaikan baru kau akan paham jalan cerita dia . Okay lah, aku bagi contoh sikit eh . Okay ! Cerita PSIKO, jujur bagi aku cerita ni betul-betul scary, gua tak boleh tido malam sebab terbayang 'bayangan' dalam cerita nih . Shit !! Memang, memang cerita PSIKO ni 'berat', berat nanang sungguh . Hahahahahaha . Nak tahu kenapa 'berat' nanti aku bgtau lah ye . Aku akan buat review :)

Alamak ! Aku lupa lahhh . Dah syook sangat membebel, aku lupa nak 'introduce' apa tu Lejen Press . Hahahahaha . Mesti korang blur blur blur kan . Dalam hati korang mesti akan cakap "apa la siakk perempuan ni bebel pasal buku Lejen Press. Lejen Press tu pon aku tak paham kejadah apa". Okayy, soryy . Gua baru teringat lah . Aku akan cerita sedikit pasal Lejen Press yee :) 

Pengenalan ni pon aku amek berdasarkan laman web rasmi Lejen Press . Hahahah https://lejen.my/info/kenali-lejen . Aku amek kat sini la nih . Jangan marah ye . Lejen Press, izinkan saya untuk meng'kopi' 'pasta' apa itu Lejen Press ye . Hihihihi

Lejen Press ni adalah sebuah syarikat penerbitan buku alternatif di Malaysia . Buku Lejen ni juga lebih dikenali sebagai Buku Fixi dikalangan anak-anak muda zaman kini . Lejen Press ni lebih tertumpu kepada penerbitan buku yang berbentuk novel, cerpen yang merangkumi pelbagai genre dengan gaya penulisan yang terkini, yang lebih ekspresif dan berani. Lejen Press juga memberi peluang kepada penulis muda yang untuk bertapak di dalam bidang penulisan. So, pada sesiapa yang mencari buku Lejen Press ni, korang boleh cari kat kedai buku persendirian Lejen Press iaitu I AM LEJEN SHOP, bookstore MPH, Kinokuniya, Times Bookstore, Borders, Kedai Buku 1 Malaysia, SMO dan lain-lain. Hmm, cukup tak maklumat yang aku bagi ? Kalau tak cukup, korang taip je kat Google , LEJEN PRESS. Kalau korang nak tau lagi maklumat pasal Lejen Press ni, kau boleh guna media sosial je . Carik dekat Facebook, Twitter, Instagram : LejenPress. Mudah kan ? Semuanya dihujung jari kan . 

Tengok ! Dok beria cerita pasal pengenalan Lejen Press ni, sekarang aku dah lupa nak sambung apa . Haishhhhh . 

Aku cuma nak bagitau, setakat ni aku dah kumpul 8 buku Lejen Press . Insya-Allah, ada duit nanti aku beli la lagi . Hahahaha . 

Hmm, nanti kalau aku ingat aku akan post kat entry yang lain . Insya-Allah, nanti lepas dah habis exam, aku akan buat review pasal buku-buku lejen yang aku dah baca ye . 

So, stay tuned :) 

Bye !! Assalamualaikum . 

Saturday, 30 May 2015

Diragut Ketika 'SELFIE'


Assalamualaikum 


* Berita ini adalah rekaan semata-mata. Ini adalah sebahagian daripada simulasi berita bagi subjek Online Journalism






   Simulasi Kes Ragut 

Shah Alam : Seorang wanita maut selepas koma selama dua hari setelah menjadi mangsa ragut seorang lelaki dalam kejadian di Sekyen 7, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira 12.45 tengahari, mangsa Syaza Khalid, 22, sedang ber‘selfie’ dengan rakannya di tepi jalan raya telah didatangi seorang suspek menaiki motosikal.

Berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sebelum suspek bertindak menolak mangsa sehingga terjatuh di tepi jalan dan mangsa mengalami kecederaan serius di kepala.

Mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan namun mangsa telah disahkan meninggal dunia setelah koma selama dua hari akibat pendarahan di kepala yang serius.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner, Fatihah Azmi berkata, suspek berjaya melarikan diri selepas mengambil beg tangan mangsa yang berisi wang tunai sejumlah RM3,000, passport antarabangsa dan sebuah telefon bimbit.

Fatihah Azmi berkata “hasil siasatan kami mendapati suspek ialah Awang Miro Sastrowo, 45, merupakan warganegara Indonesia yang telah menetap di sini selama enam bulan turut mempunyai rekod jenayah pecah rumah dua bulan yang lalu, namun pihak polis masih belum berjaya memberkas suspek”.

“Usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tempoh hari diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan,” ujarnya lagi dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Rakan mangsa, Wahida Wasiniwafa, 22, yang berada di tempat kejadian masih lagi terkejut dengan kejadian yang berlaku di depan matanya telah menyebabkan rakannya meninggal dunia.

“Saya berasa sedih atas kejadian yang menimpa Syaza berlaku apabila kami leka dengan ber‘selfie’ di tepi jalan raya itu telah meragut nyawa rakan saya,” katanya sebak ketika ditemui di majlis pengebumian pagi tadi.

Tambahnya lagi “saya berharap peragut tersebut dapat diberkas dengan segera dan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya, dia bukan sahaja telah meragut barang malah menjadi pembunuh kepada mangsa ragutnya”.

-TAMAT-

Tuesday, 5 May 2015

Ringkasan Artikel Balkanisasi Siber : Gangguan Kepada Semangat 1 Malaysia.


Assalamualaikum.

Ringkasan Artikel Balkanisasi Siber : Gangguan Kepada Semangat 1 Malaysia.


Konsep Balkanisasi Media ini mula diperkenalkan oleh Cass Sunstein sebagai balkanisasi siber. Konsep ini adalah gambaran kepada gejala media yang telah menjadikan pengguna media terpisah dek kerana pembentukan koloni masing-masing dan bertindak agresif terhadap kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka.Perkara ini dilihat sama dengan situasi media massa terutama sekali Internet yang membolehkan pengguna mendapatkan apa sahaja maklumat yang mereka perlukan. Dalam masa yang sama, Internet juga membolehkan terbentuknya kumpulan-kumpulan yang bersefahaman namun terpisah antara satu sama lain. Dengan adanya kumpulan-kumpulan seperti ini, pengguna yang mula obses dengan sesebuah kumpulan akan mula menyempitkan pemikiran dan hanya menerima dengan mudah kebaikan dan  keburukan yang masuk dalam kumpulan itu. Sifat ini semestinya memberikan kesan buruk terhadap masyarakat.

Oleh kerana media cetak seperti akhbar sifatnya tidak bebas, maka, pengguna akan beralih kepada media massa seperti Internet untuk mendapatkan maklumat. Ini kerana, apa yang kita baca di dada-dada akhbar adalah apa yang disiarkan sahaja. Tetapi, jika kita rajin membuat kajian di laman sesawang, kita akan mendapatkan lebih dari apa yang kita ingin dapatkan. Itulah Internet, bersifat bebas. Walaubagaimanapun, kebebasan media massa ini masih lagi di bawah pengawasan dan penapisan pihak berkuasa melalui Akta Komunikasi dan Multimedai 1998, yang bertujuan untuk memantau penggunaan Internet.

Niat murni kerajaan memberikan kebebasan kepada media baru ini adalah untuk mengutamakan percambahan maklumat, ilmu dan idea yang boleh membangunkan keupayaan intelek rakyat Malaysia dengan bangsa lain sekaligus untuk menjadikan Malaysia sebagai hub teknologi dan informasi di Asia Tenggara. Namun, dapat kita lihat kini elemen-elemen negatif telah menular ke dalam kebebasan yang telah diberikan kepada media baru. Antara elemen negatif yang telah menular ialah penggunaan bahasa kesat dengan caci-cerca dan maki hamun sesama kaum dalam media sosial, penulisan blog dan lain-lain. Tindakan ini sekaligus tidak akan membantu dalam perlaksanaan Gagasan 1 Malaysia apatah lagi hasrat membina hubungan baik antara kaum, agama, budaya dan adat resam jika hubungan baik antara sesama kaum tidak dijaga.

Konsep balkanisasi ini juga boleh mengancam perpaduan kaum di Malaysia. Dengan penggunaan bahasa kesat dan biadap di laman media sosial, ianya dapat memberi kesan negatif kepada pelbagai kaum. Apa yang membimbangkan ialah tragedi lama iaitu tragedi 13 Mei berulang kembali. Permasalahan ini tidak seharusnya dipandang enteng oleh masyarakat dan juga pihak bertanggungjawab. Penggunaan bahasa kasar ini juga telah menular ke dalam parlimen dan Dewan Undangan  Negeri. Adakah ini contoh yang baik untuk rakyat Malaysia jika pemimpin sendiri menggunakan bahasa kesat ini ? Pemimpin seharusnya menunjukkan contoh yang terbaik kepada rakyat iaitu dengan menggunakan bahasa yang sopan.

Konsep balkanisasi ini mungkin tidak begitu signifikannya di Malaysia. Namun kita hendaklah berhati-hati kerana konsep ini akan tersebar dengan cepat. Konsep ini juga berpotensi untuk mengubah persepsi rakyat oleh kerana minat, kecenderungan serta sentimen kumpulan yang menolak kehadiran khalayak yang lain yang tidak sealiran pemikirannya. Kesimpulannya, kebebasan media ini telah disalah guna oleh pelbagai pihak antaranya ialah pengguna media sosial itu sendiri. Mereka terlalu taksub sehinggakan berlakunya kes pergaduhan di laman sosial dek kerana berbeza pendapat dan pemikiran.


Tuesday, 28 April 2015

Kewajaran Perlaksanaan Akta Pencegahan Keganasan 2015


ASSALAMUALAIKUM



AKTA PENCEGAHAN KEGANASAN 2015 (POTA)

Sebelum memulakan perbincangan mengenai POTA ini, nak cerita sedikitlah serba sedikit mengenai POTA. POTA ialah Prevention of Terrorism Act atau dalam Bahasa Malaysia ialah Akta Pencegahan Keganasan. Akta ini telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia pada 7 April 2015 di Dewan Rakyat. Menurut Perdana Menteri sendiri, tujuan perlaksanaan POTA adalah untuk mencegah sebarang elemen keganasan daripada merebak dan mengancam keselamatan negara. Sebelum semakin banyak keganasan berlaku di Malaysia ini, seeloknya tindakan pencegahan haruslah diambil oleh pihak kerajaan dan pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia. Akta ini juga membenarkan pihak berkuasa Malaysia untuk menahan suspek pengganas tanpa perbicaraan untuk tempoh dua tahun. Namun begitu, perlaksanaan akta ini mendapat kritikan daripada beberapa individu kerana menyerupai Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah dimansuhkan pada tahun 2012.

Jadi, apakah kebaikan akta ini kepada rakyat Malaysia ? Pada pendapat saya,  ia adalah wajar dilaksanakan. Ini kerana sudah semakin banyak ancaman keganasan yang telah diterima oleh negara kita. Secara individunya juga, ramai yang turut menerima ancaman keganasan seperti diugut. Jadi, dengan adanya akta ini, penjenayah akan lebih takut untuk bertindak melakukan keganasan.

Akta ini juga untuk memastikan rakyat dan keamanan negara tidak diganggu gugat oleh pihak yang terlibat dalam aktiviti militan sama ada dalam atau luar negara. Sebagai contoh, semasa kes di Lahad Datu, sehingga kini pengganas masih lagi bebas setelah begitu ramai anggota polis negara yang terkorban.

Di samping itu, pengguna media sosial juga turut terkena impak pelaksanaan akta baru ini. Sebagai contoh, pengguna Facebook, Twitter dan Blog serta lain-lain media sosial tidak boleh menyebarkan sebarang maklumat yang mempunyai elemen keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara dan rakyat. Maklumat tersebut hendaklah dipastikan kesahihannya sebelum ianya disebarkan. Kini, terlalu banyak penyebaran berita-berita palsu tersebar melalui media sosial. Namun, dengan adanya akta ini pengguna media akan lebih berhati-hati dengan apa yang mereka ingin sebarkan.

Secara amnya, akta pencegahan keganasan ini ialah bukan bayangan ISA ataupun akta yang menggantikan ISA seperti yang digembar gemburkan oleh parti pembangkang. Namun begitu, terdapat pihak yang bimbang mengenai pelaksanaan POTA. Mereka menanggap akta ini digunakan untuk tujuan politik semata-mata seperti mana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini. Mereka silap ! Pelaksanaan ini adalah untuk menangani sebarang aktiviti keganasan dari dalam atau luar negara yang semakin menular di Malaysia terutamanya generasi muda.

Berikutan berlakunya kejadian keganasan seperti kejadian di Lahad Datu, Militan, IS, pihak kerajaan telah bertungkus lumus merangka tindakan untuk mengawal kejadian ini daripada berulang semula. Seperti kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Dengan adanya akta seperti ini, pihak bertanggungjawab seperti kerajaan dan PDRM dapat mengambil tindakan awal sebelum kejadian yang lebih buruk berlaku.

Kesimpulannya, Undang-Undang Anti-Keganasan ini merupakan satu langkah pencegahan yang baik dan semua pihak hendaklah memandang positif mengenai perlaksanaan akta baru ini. Namun begitu, disetiap tindakan yang diambil pastinya akan ada kesan dari segi kebaikan dan keburukan terhadap rakyat Malaysia. Justeru, pelbagai penambahbaikkan boleh diambil sepanjang proses perlaksanaan akta Anti-Keganasan ini. 

Wednesday, 15 April 2015

Pembantu Rumah Mati Dibunuh (Simulasi Berita)


* Berita ini adalah rekaan semata-mata. Ini adalah sebahagian daripada simulasi berita bagi subjek Online Journalism



Pembantu Rumah Mati Dibunuh


Oleh Nur Syafikah Shahrom

SHAH ALAM : Seorang wanita ditemui maut dengan kesan tembakan di dadanya dalam sebuah kereta di kawasan sekitar tapak pembinaan di Seksyen 15, dekat sini, pagi tadi.

Menurut saksi, Rudy Hermanto Sorjono, mangsa ditemu mati dengan berlumuran darah di dalam kereta yang enjinnya masih hidup dan radio yang masih terbuka.

“Saya pelik bila nampak pintu kereta tersebut terbuka. Saya dapati ada perempuan berlumuran darah lantas memanggil kawan saya”, tambah Rudy.


Pihak polis dan ambulans bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang buruh binaan itu pada jam 6.40 pagi.

Menurut ASP Syed Jamil Syed Agil Barakba Jamalulail, selepas siasatan dijalankan, pihak polis mengesahkan mangsa ialah Yanty Octavia Darsono dari Indonesia yang berusia 19 tahun.

“Pihak kami tidak menemui sebarang pistol atau senjata. Tetapi, terdapat kesan lebam di lengan mangsa akibat pergelutan dengan suspek sebelum mangsa ditembak”, tambah Syed Jamal.

Mangsa bekerja sebagai pembantu rumah di rumah seorang ahli perniagaan iaitu Datuk Sharmugam Arrupillay.

Pihak polis turut menemui cap jari milik Ravi Ananda Arrupillay yang merupakan anak tunggal majikan mangsa di lengan dan kereta yang dipandu mangsa.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk dibedah siasat.

Pihak polis masih lagi menyiasat motif pembunuhan dan sedang memburu suspek tersebut iaitu Ravi Ananda Arrupillay.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini hendaklah tampil untuk memberikan kerjasama. 

Tamat /-


Tuesday, 31 March 2015

Kata perhimpunan aman, tapi tak aman !



ASSALAMUALAIKUM 

PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 2102


Menurut perkara 10 Perlembagaan Persekutuan : Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuhkan Persatuan, semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata.

Namun, pada perhimpunan Bersih 3.0 yang juga dipanggil Duduk Bantah iaitu suatu perhimpunan tunjuk perasaan yang dianjurkan pada 28 April 2012 di pusat bandar Kuala Lumpur yang bertujuan untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia telah gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2011. Perhimpunan ini dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan disokong oleh pembangkang. Peserta perhimpunan telah melakukan perlakuan ganas dengan merempuh sekatan polis dan turut membawa anak kecil yang ternyata membahayakan anak kecik tersebut yang masih tidak tahu apa-apa. Tindakan ini sekaligus akan menimbukan kekecohan dan pergaduhan antara pihak polis dan peserta perhimpunan.

Persoalannyaa, semasa perhimpunan ini diadakan mengapa perlu membawa kanak-kanak ? Adakah ini untuk mengajar kanak-kanak tersebut ? Kata perhimpunan aman, kenapa perlu ada provokasi dan pergaduhan ? Siapa yang memulakan provokasi ini ?


Pada pendapat saya, perhimpunan aman ini akan berjalan dengan lancar jika tiada provokasi dari kedua-dua pihak. Dah nama pon perhimpunan aman kan, kenapa nak kecoh-kecoh ! Para peserta yang hadir untuk berhimpun juga hendaklah mematuhi peraturan yang diberikan oleh pihak berkuasa. Bila dah diberi kebenaran untuk berhimpun, patuhi arahan pihak atasan. Berbalik kepada soalan diatas, kenapa perlu bawa kanak-kanak ke perhimpunan ini sedangkan sudah termaktub di dalam Akta Perhimpunan Aman 2011 bahawa orang yang membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan kesalahan dan boleh didenda. Mereka itu masih kecil lagi untuk didedahkan dengan isu politik ! Apakah relevannya bawak kanak-kanak ke perhimpunan yang penuh dengan manusia dan pada waktu panas terik ??

Terdapat juga penglibatan wartawan dalam perhimpunan ini yang bertujuan untuk mendapatkan berita sekaligus menyampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia. Namun, terdapat wartawan yang berat sebelah dalam menyampaikan berita. Ini sangat tidak saya setuju kerana sebagai seorang wartawan, mereka hendaklah menyampaikan sesuatu berita dengan tepat. Sebagai contoh, terdapat pihak polis yang melakukan keganasan terhadap peserta perhimpunan atas sebab peserta tersebut membuat provokasi, tidak salah rasanya untuk dipaparkan kepada media. Bukan tujuan  mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran.

Penuntut universiti tempatan juga turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai perhimpunan bersih 3.0 ini kerana terdapat beberapa tuntutan yang dituntut oleh mereka iaitu isu pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma. Semenjak Akta Universiti Kolej Universiti membenarkan pelajar untuk terlibat dengan politik, semakin ramai pelajar yang berani untuk berbuat demikian terutama sekali untuk menyertai perhimpunan seperti ini untuk menolak kerajaan. Apa yang mereka dapat ? Mereka hanya memalukan nama sendiri sekaligus memalukan nama universiti. Mereka juga akan ditangkap dan turut dikenakan tindakan oleh pihak atasan. Justeru, penglibatan pelajar dalam politik adalah dibenarkan, tapi janganlah terlalu taksub. Fokus dulu pada pelajaran ! 



Thursday, 19 March 2015

Bangga dengan Anugerah Pengakap Raja ? Siri 2


ASSALAMUALAIKUM

Mendapat gelaran Pengakap Raja ? 
Siapa yg tak bangga ! 
Ahli pengakap yg lain akan respect kau sebab kau pengakap raja . Orang mungkin akan kata 'mesti banyak ilmu kau' 'wahh, kau ni hebat la ada pengakap raja' dan mcm-mcm jenis pujian . 
Tp, ada sesiapa yg tau kepayah kami untuk berjaya keperingkat ini ? 
Untuk mendapatkan Sijil Diraja Pengakap Raja yang besar dan ditandangani oleh YDPA dan 9 Sultan di Malaysia . 

Aku ada pengalaman aku ! 
Yang mungkin tak sama dengan pengalaman orang lain .

 Aku mula memasang tekad dan azam utk mengambil ujian Pengakap Raja sejak dari tingkatan 4 . Tp, aku takut . Dengan kekuatan yg sedikit, ilmu kepengakapan yg kurang, kemahiran pon lemah, aku takot aku tak mampu lalui ujian tu . Tapi, atas dorongan keluarga aku, En. Kama Azhar selaku guru penasihat Pengakap Kumpulan 57 SMK Senggarang, Cikgu Aida Muri, Syafiq, Iskandar, Ipin, dan rakan serta akak-akak dan abg-abg Pengakap Raja membuatkan aku kuat !

 Aku sekuntum bunga ditemani 3 kumbang . Nasib ada mereka bertiga, dapat jugak bantu aku . Terima kasih korang ! Aku sgt bersyukur mempunyai keluarga yang menyokong aku . Mereka tetap membantu aku dari segi kewangan dan kata-kata semangat !

 Bukan gelaran yang aku ingin, tetapi ilmu yang aku mahu . Aku taknak orang ckp aku pengakap hanya pada baju, aku ingin menjadi seorang ahli pengakap yang ada ilmu utk aku kongsi pada adik-adikku . Ye, bukan senang . Kau harus berkorban masa belajar . Kau kena bahagikan masa untuk kau belajar dan untuk kau pratis ilmu kepengakapan kau . Kebetulan, masa tu aku tingkatan 5 . Siapa yang sanggup ! 

Sebelum ke ujian pentarafan, aku diuji di pra pentarafan pengakap raja . Sedikit sebanyak aku dpt ilmu utk digunakan masa ujian pentarafan yg sebenar . Aku juga banyak berlatih di sekolah dgn rakan-rakan seperjuangan yg akan mengambil ujian ini . Tak lupa Tuan Asik yg turut membantu kami . Sungguh banyak ilmu yg aku dpt . Setiap hujung minggu aku luangkan masa belajar buat kwsn perkhemahan guna buluh, belajar semua jenis ikatan, sama-sama siapkan buku log . Yang best, aku dan 3 rakan masuk ke hutan utk ambil buluh untuk digunakan masa ujian nnt . Well, aku perempuan kan . So, aku tolong tengok je . Hehe . Alaa, ada la tolong sikit-sikit . 

Aku ingt lg, hari sebelum ujian sebenar, ckgu Kama kumpul kami semua dan luahkan apa yang masing-masing rasa . Aku menangis . Menangis sbb terharu ada rakan-rakan seperjuangan dan pemimpin yg selalu membantu aku ! 

Masa berlalu dengan pantas !

Telah tiba hari Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor 2010 ! 

Kini masanya sudah tiba !
Well, esoknya nak pergi kem seminggu, malamnya aku dan rakan-rakanku masih bz kemas barang dan siapkan semua projek yang kena bawak . Pagi-pagi ayah dah hantar pergi kem . Siap ngeteh roti canai lagi dengan budak-budak ni . 
Okay sambung, pum pang pum pang . Aku dah daftar and aku dapat campsite no 2 . Alhamdulillah . Tak jauh kedalam semak sangat dan sgt dekat dengan tempat urusetia . 
Kawasan aku pon elok sgt . Redup, tak berselerak sgt . 

First thing aku buat, aku bersihkan kawasan kem aku . Ayah dan adik lelaki aku tolong . Tp tak lama . Sbb tak boleh ada org tolong . Haa, time tu gua dh sebak dah ! Cuak ah sorang-sorang takde kawan . Actually ada kawan, cuma masa tu kawan masing-masing jauh! Bila ayah aku balik, aku sambung kerja . Bila kerja aku settle, aku pergi campsite kawan aku . Gua tgok dia tgh buat kerja sambil nangis . Hm, gua pon sebak . Tetiba mata mcm masuk habuk (berair je mata). Hm, meleleh jugak akhirnya .

 Haaa lagi satu, dh la handphone kena amek . Diorg tak bagi guna hp . Hmm . Meranaaa ! Masa ujian seminggu tu jangan harap la dapat makan makanan yg sedap, tido yang lena dan selesa . Mandi pon sekali sehari . Tu pun kalau sempat lah . Kat sana masak sendiri . Biasa calon akan masak nasi dgn sardin . Tp, kalau yg malas makan roti dgn biskut cecah milo je lah . 

Benda paling best, bila aku dh siap buat tempat tido, meja makan, tempat letak kasut, pintu gerbang dan semualah, aku rasa lega . Best jugak tido atas tempat tido beralaskan kain pelikat bapak aku yg mak aku jahit . Lena tau aku tido . Haha . Mcm-mcm ujian sebenarnya . Ujian peti kecemasan ada, kawad kaki ada, bencana alam ada (ujian ni kena panjant pokok atau tempat tinggi), peta kompas ada, ikatan ada, ujian kapak ada . Eh, ada yg aku tak ingt la . Yg best malam kebudayaan . Haa, kami buat zapin . Tp, well . Aku perempuan yg keras sikit, so tak berapa pandai berzapin . Haha . 

Haa, ni ada lagi satu kenangan yang paling aku tak boleh lupa !
Kenangan ni yang membuat pentaraf-pentaraf ingat aku . Hahahaha . 
Ada satu ujian tu, aku tersasul perkataan, berbadan dua, sampai sekarang Tuan Razak tu masih ingat aku sbb perkataan berbadan dua tu la . Haish . Malunyaa . Siap dia canang satu kem . Tapi, tu semua kenangan . Ramai kawan yang aku jumpa . Ramai jugak pentaraf yang aku rapat mgkin sbb selalu berhubung di FB . Bila ujian tamat, rasa mcm taknak tinggalkan kem tu . Rasa mcm sayangnya nak tinggalkan kawan-kawan . Padahal, masa awal-awal dtg nak balik cepat-cepat . Haha .

Setelah hampir 4 bulan menunggu, akhirnya keputusan ujian pentarafan Pengakap Raja pon keluar dan keputusanya.....
aku gagal !!
Ye, aku gagal dan aku cuma kurang 1 mata utk aku lulus . 
Aku menangis . Aku sedih ! Tapi, itu semua tidak mematahkan semangat aku . Aku tetap akan repeat . Yes ! Aku repeat . Dan akhirnya, aku lulus . 

Dan sebenarnya aku tak bangga sgt dengan Pengakap Raja aku tu, tapi aku gembira bila aku dapat kongsi pengalaman dan ilmu pada adik-adik pengakap yang nak ambil ujian pengakap raja ni . Cerita aku mungkin tak sama dengan cerita orang lain, tapi semoga apa yang aku kongsi menjadi penguat semangat utk ahli pengakap yg lain .

Bukan gelaran dan pangkat yang aku cari, tetapi ilmu kepengakapan yang aku mahukan untuk aku berkongsi kepada orang lain !

Bagi adik-adik yang ingin menjadi salah seorang Pengakap Raja, pasanglah nekad dan azam dari sekarang . 
Belajarlah ilmu kepengakapan dari sekarang !
Insya-Allah , semua ilmu yang diperolehi boleh dipraktikkan semasa ujian dan juga dalam kehidupan . 

Semoga Berjaya !

Salam Pengakap :)


Wednesday, 18 March 2015

Bangga dengan Anugerah Pengakap Raja ? Siri 1

ASSALAMUALAIKUM

Anda Pengakap Raja ? 
Anda bangga dengan anugerah yang anda terima ? 
Pehh, gila tak bangga dengan anugerah tu . Bukan semua ahli pengakap terima anugerah tu . 
Ahli pengakap yang tertentu je yang sanggup duduki ujian untuk terima anugerah pengakap raja tersebut .
Anugerah Pengakap Raja kan anugerah yang paling tinggi dalam pengakap !

Apakah itu Anugerah Pengakap Raja ?
Secara ringkasnya, Anugerah Pengakap Raja merupakan satu pencapaian tertinggi bagi seseorang ahli Pengakap. Dengan kata lain, anugerah ini merupakan simbol kejayaan ahli Pengakap Remaja yang telah berjaya menamatkan skima lencana di dalam pergerakan Pengakap sekolah. 



Mereka yang telah berjaya akan diberikan Lencana Pengakap Raja dan dianugerahkan Sijil Diraja Pengakap Raja. 
Sijil Pengakap Raja merupakan sijil yang paling bernilai dan berharga kepada penerima anugerah Pengakap Raja. 
Nilai sijil ini begitu istimewa kerana ianya perlu mendapatkan limpah perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk menandatangani sijil tersebut .
*bukan senang tau nak dapat sijil ada tandatangan YDPA dan 9 Sultan

Bagi memperolehi anugerah tersebut, 
ahli Pengakap perlu melalui beberapa ujian yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia yang terkandung di dalam skima lencana Pengakap.

So, setiap ahli Pengakap Raja mempunyai kisah dan pengalaman yang berbeza-beza semasa menduduki ujian pentarafan Pengakap Raja . 
Dan sebenarnya, aku pun ada kisah aku :)

Stay tuned !
Nak sambung taip "Bangga dengan Anugerah Pengakap Raja ?" siri 2 pulak ye :)
















Sunday, 15 March 2015

Sedikit Pengenalan

ASSALAMUALAIKUM

Cuma nak cakap, ini blog kedua aku. Blog pertama aku makin lama makin mereput . Maklumlah, dah lama tak bukak kan . Hehehehe .
 Bukan apa, dah la blog tu dah lama tak updates, lepastu bila nak bukak password semua lupa . 
Apa lagi, buat la blog baru .
 Insya-Allah, kalau rajin sikit, boleh la selalu updates kat sini . 

Disebabkan ni blog baru aku, so biarlah aku buat karangan pengenalan sikit pasal diri aku !

First :
Nama diberi Nur Syafikah binti Shahrom . Lahir pada 16 Disember 1993 kat Hospital Batu Pahat, lepastu mak ayah aku bawak aku pergi Kuala Terengganu, besarkan aku kat sana selama 10 tahun . 
Boleh tahan pekat loghat Teganu aku masa tuh . Sekarang, bila dah pindah balik Batu Pahat semula, loghat Teganu dah takde dah . 
HEHE 

Anak sulung daripada 5 orang adik beradik dan juga merupakan anak kepada pasangan manis Shahrom bin Wahid dan Fuziah binti Ab. Rahman . 
Hmm, kalau dan nama anak sulung, mesti lah seorang yang agak tegas dan sedikit garang . 
Bukan apa, taknak lah adik-adik pijak kepala kan . Kadang-kadang diorg ni melawan jugak cakap aku !
Aku ada 4 orang adik . 3 perempuan dan seorang lelaki . 
Yang lelaki tu tengah-tengah antara kami anak perempuan ni . Boleh laa kumbang sorang peneman ayah aku.

 So, apa lagi nak tambah ye ?

Hm, okayy . Next !

Aku start sekolah dari tadika lagi .
Sekolah tadika 5 tahun dan tadika 6 tahun . Masa ni sekolah dekat Tadika Kemas je . 
Mesti comel kan aku kecik-kecik pergi sekolah . Atotototo :D
Lepastu, masa Darjah Satu sekolah di Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Kuala Terengganu . 
Aku sekolah kat sekolah tu sampai Darjah Tiga je . 
Lepastu, kena pindah Batu Pahat pulak . Hmm . Kejap sangat rasanyaaaa
Tahun 2004, masa tu Darjah Empat aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Senggarang . 
Mak aihh, masa awal-awal masuk sekolah baru awkward kot !
Yang lain semua loghat Johor, tapi aku masih lagi dengan loghat Teganu yang tak hilang lagi . 
Tercengang semua !
Aku bersekolah kat sekolah kebangsaan tu sampai Darjah Enam, lepastu aku masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang . Dekat je dengan sekolah rendah tu . 

Aku bersekolah di sekolah menengah dari Tingkatan Satu sampailah Tingkatan Enam Atas . 
Hahahaha . Lama kan ! Aku ni dah macam lejen kat sekolah tuh . 
Tak payah nak lejen sangat . Siapa suruh malas belajar !
Kan dah kena dok kat sekolah tu lama-lama . 
Hmm, padahal sayang nak tinggalkan sekolah tuh . Tu yang sanggup tolak tawaran ke Politeknik Ungku Omar dan sambung Tingkatan Enam. 
Rezeki kita Allah dah atur . Dia dah susun baik-baik perjalanan hidup kita . 
Ada hikmahnya aku sambung Tingkatan Enam ni :)
Alhamdulillah . 

So, nak dipendekkan ceritaa...

Berkat usaha selama setahun setengah belajar di Tingkatan Enam, aku ditawarkan untuk sambung degree dalam bidang Kewartawanan di UiTM Shah Alam. 
Dapat belajar benda yang aku minat kot ! 
Bersyukur sangat .
Mungkin juga berkat dan rezeki aku pada bulan Ramadhan . 
Kebetulan keputusan UPU keluar masa bulan Ramadhan. 
Alhamdulillah !!
Kini, aku adalah seorang penuntut di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam .
Insya-Allah akan bergelar graduan tidak lama lagi .
Amin !