* Berita ini adalah rekaan semata-mata. Ini adalah sebahagian daripada simulasi berita bagi subjek Online Journalism
Pembantu Rumah
Mati Dibunuh
SHAH
ALAM : Seorang wanita ditemui maut dengan kesan tembakan di dadanya dalam
sebuah kereta di kawasan sekitar tapak pembinaan di Seksyen 15, dekat sini,
pagi tadi.
Menurut
saksi, Rudy Hermanto Sorjono, mangsa ditemu mati dengan berlumuran darah di
dalam kereta yang enjinnya masih hidup dan radio yang masih terbuka.
“Saya
pelik bila nampak pintu kereta tersebut terbuka. Saya dapati ada perempuan
berlumuran darah lantas memanggil kawan saya”, tambah Rudy.
Pihak
polis dan ambulans bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan
kecemasan daripada salah seorang buruh binaan itu pada jam 6.40 pagi.
Menurut
ASP Syed Jamil Syed Agil Barakba Jamalulail, selepas siasatan dijalankan, pihak
polis mengesahkan mangsa ialah Yanty Octavia Darsono dari Indonesia yang
berusia 19 tahun.
“Pihak
kami tidak menemui sebarang pistol atau senjata. Tetapi, terdapat kesan lebam
di lengan mangsa akibat pergelutan dengan suspek sebelum mangsa ditembak”,
tambah Syed Jamal.
Mangsa
bekerja sebagai pembantu rumah di rumah seorang ahli perniagaan iaitu Datuk
Sharmugam Arrupillay.
Pihak
polis turut menemui cap jari milik Ravi Ananda Arrupillay yang merupakan anak
tunggal majikan mangsa di lengan dan kereta yang dipandu mangsa.
Mangsa
telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk dibedah siasat.
Pihak
polis masih lagi menyiasat motif pembunuhan dan sedang memburu suspek tersebut
iaitu Ravi Ananda Arrupillay.
Orang
ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini hendaklah tampil untuk
memberikan kerjasama.
Tamat /-
No comments:
Post a Comment