ASSALAMUALAIKUM
AKTA
PENCEGAHAN KEGANASAN 2015 (POTA)
Sebelum
memulakan perbincangan mengenai POTA ini, nak cerita sedikitlah serba sedikit mengenai
POTA. POTA ialah Prevention of Terrorism Act atau dalam Bahasa Malaysia ialah
Akta Pencegahan Keganasan. Akta ini telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia
pada 7 April 2015 di Dewan Rakyat. Menurut Perdana Menteri sendiri, tujuan
perlaksanaan POTA adalah untuk mencegah sebarang elemen keganasan daripada
merebak dan mengancam keselamatan negara. Sebelum semakin banyak keganasan
berlaku di Malaysia ini, seeloknya tindakan pencegahan haruslah diambil oleh pihak
kerajaan dan pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia. Akta ini juga
membenarkan pihak berkuasa Malaysia untuk menahan suspek pengganas tanpa
perbicaraan untuk tempoh dua tahun. Namun begitu, perlaksanaan akta ini
mendapat kritikan daripada beberapa individu kerana menyerupai Akta Keselamatan
Dalam Negeri yang telah dimansuhkan pada tahun 2012.
Jadi,
apakah kebaikan akta ini kepada rakyat Malaysia ? Pada pendapat saya, ia adalah wajar dilaksanakan. Ini kerana
sudah semakin banyak ancaman keganasan yang telah diterima oleh negara kita.
Secara individunya juga, ramai yang turut menerima ancaman keganasan seperti
diugut. Jadi, dengan adanya akta ini, penjenayah akan lebih takut untuk
bertindak melakukan keganasan.
Akta
ini juga untuk memastikan rakyat dan keamanan negara tidak diganggu gugat oleh
pihak yang terlibat dalam aktiviti militan sama ada dalam atau luar negara.
Sebagai contoh, semasa kes di Lahad Datu, sehingga kini pengganas masih lagi
bebas setelah begitu ramai anggota polis negara yang terkorban.
Di
samping itu, pengguna media sosial juga turut terkena impak pelaksanaan akta
baru ini. Sebagai contoh, pengguna Facebook, Twitter dan Blog serta lain-lain
media sosial tidak boleh menyebarkan sebarang maklumat yang mempunyai elemen
keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara dan rakyat. Maklumat tersebut
hendaklah dipastikan kesahihannya sebelum ianya disebarkan. Kini, terlalu
banyak penyebaran berita-berita palsu tersebar melalui media sosial. Namun,
dengan adanya akta ini pengguna media akan lebih berhati-hati dengan apa yang
mereka ingin sebarkan.
Secara
amnya, akta pencegahan keganasan ini ialah bukan bayangan ISA ataupun akta yang
menggantikan ISA seperti yang digembar gemburkan oleh parti pembangkang. Namun
begitu, terdapat pihak yang bimbang mengenai pelaksanaan POTA. Mereka menanggap
akta ini digunakan untuk tujuan politik semata-mata seperti mana Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini. Mereka silap ! Pelaksanaan ini
adalah untuk menangani sebarang aktiviti keganasan dari dalam atau luar negara
yang semakin menular di Malaysia terutamanya generasi muda.
Berikutan
berlakunya kejadian keganasan seperti kejadian di Lahad Datu, Militan, IS,
pihak kerajaan telah bertungkus lumus merangka tindakan untuk mengawal kejadian
ini daripada berulang semula. Seperti kata pepatah, mencegah lebih baik
daripada mengubati. Dengan adanya akta seperti ini, pihak bertanggungjawab
seperti kerajaan dan PDRM dapat mengambil tindakan awal sebelum kejadian yang
lebih buruk berlaku.
Kesimpulannya,
Undang-Undang Anti-Keganasan ini merupakan satu langkah pencegahan yang baik
dan semua pihak hendaklah memandang positif mengenai perlaksanaan akta baru
ini. Namun begitu, disetiap tindakan yang diambil pastinya akan ada kesan dari segi kebaikan dan keburukan terhadap rakyat Malaysia. Justeru, pelbagai penambahbaikkan boleh diambil sepanjang proses perlaksanaan akta
Anti-Keganasan ini.
No comments:
Post a Comment