Assalamualaikum.
Ringkasan Artikel
Balkanisasi Siber : Gangguan Kepada Semangat 1 Malaysia.
Konsep
Balkanisasi Media ini mula diperkenalkan oleh Cass Sunstein sebagai balkanisasi
siber. Konsep ini adalah gambaran kepada gejala media yang telah menjadikan
pengguna media terpisah dek kerana pembentukan koloni masing-masing dan
bertindak agresif terhadap kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka.Perkara
ini dilihat sama dengan situasi media massa terutama sekali Internet yang
membolehkan pengguna mendapatkan apa sahaja maklumat yang mereka perlukan.
Dalam masa yang sama, Internet juga membolehkan terbentuknya kumpulan-kumpulan
yang bersefahaman namun terpisah antara satu sama lain. Dengan adanya
kumpulan-kumpulan seperti ini, pengguna yang mula obses dengan sesebuah kumpulan
akan mula menyempitkan pemikiran dan hanya menerima dengan mudah kebaikan
dan keburukan yang masuk dalam kumpulan
itu. Sifat ini semestinya memberikan kesan buruk terhadap masyarakat.
Oleh
kerana media cetak seperti akhbar sifatnya tidak bebas, maka, pengguna akan
beralih kepada media massa seperti Internet untuk mendapatkan maklumat. Ini
kerana, apa yang kita baca di dada-dada akhbar adalah apa yang disiarkan
sahaja. Tetapi, jika kita rajin membuat kajian di laman sesawang, kita akan
mendapatkan lebih dari apa yang kita ingin dapatkan. Itulah Internet, bersifat
bebas. Walaubagaimanapun, kebebasan media massa ini masih lagi di bawah
pengawasan dan penapisan pihak berkuasa melalui Akta Komunikasi dan Multimedai
1998, yang bertujuan untuk memantau penggunaan Internet.
Niat
murni kerajaan memberikan kebebasan kepada media baru ini adalah untuk
mengutamakan percambahan maklumat, ilmu dan idea yang boleh membangunkan
keupayaan intelek rakyat Malaysia dengan bangsa lain sekaligus untuk menjadikan
Malaysia sebagai hub teknologi dan informasi di Asia Tenggara. Namun, dapat
kita lihat kini elemen-elemen negatif telah menular ke dalam kebebasan yang
telah diberikan kepada media baru. Antara elemen negatif yang telah menular
ialah penggunaan bahasa kesat dengan caci-cerca dan maki hamun sesama kaum
dalam media sosial, penulisan blog dan lain-lain. Tindakan ini sekaligus tidak
akan membantu dalam perlaksanaan Gagasan 1 Malaysia apatah lagi hasrat membina
hubungan baik antara kaum, agama, budaya dan adat resam jika hubungan baik
antara sesama kaum tidak dijaga.
Konsep
balkanisasi ini juga boleh mengancam perpaduan kaum di Malaysia. Dengan
penggunaan bahasa kesat dan biadap di laman media sosial, ianya dapat memberi
kesan negatif kepada pelbagai kaum. Apa yang membimbangkan ialah tragedi lama
iaitu tragedi 13 Mei berulang kembali. Permasalahan ini tidak seharusnya
dipandang enteng oleh masyarakat dan juga pihak bertanggungjawab. Penggunaan
bahasa kasar ini juga telah menular ke dalam parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Adakah ini contoh yang baik untuk
rakyat Malaysia jika pemimpin sendiri menggunakan bahasa kesat ini ? Pemimpin
seharusnya menunjukkan contoh yang terbaik kepada rakyat iaitu dengan
menggunakan bahasa yang sopan.
Konsep
balkanisasi ini mungkin tidak begitu signifikannya di Malaysia. Namun kita
hendaklah berhati-hati kerana konsep ini akan tersebar dengan cepat. Konsep ini
juga berpotensi untuk mengubah persepsi rakyat oleh kerana minat, kecenderungan
serta sentimen kumpulan yang menolak kehadiran khalayak yang lain yang tidak
sealiran pemikirannya. Kesimpulannya, kebebasan media ini telah disalah guna
oleh pelbagai pihak antaranya ialah pengguna media sosial itu sendiri. Mereka
terlalu taksub sehinggakan berlakunya kes pergaduhan di laman sosial dek kerana
berbeza pendapat dan pemikiran.
No comments:
Post a Comment