Tuesday, 31 March 2015

Kata perhimpunan aman, tapi tak aman !



ASSALAMUALAIKUM 

PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 2102


Menurut perkara 10 Perlembagaan Persekutuan : Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuhkan Persatuan, semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata.

Namun, pada perhimpunan Bersih 3.0 yang juga dipanggil Duduk Bantah iaitu suatu perhimpunan tunjuk perasaan yang dianjurkan pada 28 April 2012 di pusat bandar Kuala Lumpur yang bertujuan untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia telah gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2011. Perhimpunan ini dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan disokong oleh pembangkang. Peserta perhimpunan telah melakukan perlakuan ganas dengan merempuh sekatan polis dan turut membawa anak kecil yang ternyata membahayakan anak kecik tersebut yang masih tidak tahu apa-apa. Tindakan ini sekaligus akan menimbukan kekecohan dan pergaduhan antara pihak polis dan peserta perhimpunan.

Persoalannyaa, semasa perhimpunan ini diadakan mengapa perlu membawa kanak-kanak ? Adakah ini untuk mengajar kanak-kanak tersebut ? Kata perhimpunan aman, kenapa perlu ada provokasi dan pergaduhan ? Siapa yang memulakan provokasi ini ?


Pada pendapat saya, perhimpunan aman ini akan berjalan dengan lancar jika tiada provokasi dari kedua-dua pihak. Dah nama pon perhimpunan aman kan, kenapa nak kecoh-kecoh ! Para peserta yang hadir untuk berhimpun juga hendaklah mematuhi peraturan yang diberikan oleh pihak berkuasa. Bila dah diberi kebenaran untuk berhimpun, patuhi arahan pihak atasan. Berbalik kepada soalan diatas, kenapa perlu bawa kanak-kanak ke perhimpunan ini sedangkan sudah termaktub di dalam Akta Perhimpunan Aman 2011 bahawa orang yang membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan kesalahan dan boleh didenda. Mereka itu masih kecil lagi untuk didedahkan dengan isu politik ! Apakah relevannya bawak kanak-kanak ke perhimpunan yang penuh dengan manusia dan pada waktu panas terik ??

Terdapat juga penglibatan wartawan dalam perhimpunan ini yang bertujuan untuk mendapatkan berita sekaligus menyampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia. Namun, terdapat wartawan yang berat sebelah dalam menyampaikan berita. Ini sangat tidak saya setuju kerana sebagai seorang wartawan, mereka hendaklah menyampaikan sesuatu berita dengan tepat. Sebagai contoh, terdapat pihak polis yang melakukan keganasan terhadap peserta perhimpunan atas sebab peserta tersebut membuat provokasi, tidak salah rasanya untuk dipaparkan kepada media. Bukan tujuan  mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran.

Penuntut universiti tempatan juga turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai perhimpunan bersih 3.0 ini kerana terdapat beberapa tuntutan yang dituntut oleh mereka iaitu isu pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma. Semenjak Akta Universiti Kolej Universiti membenarkan pelajar untuk terlibat dengan politik, semakin ramai pelajar yang berani untuk berbuat demikian terutama sekali untuk menyertai perhimpunan seperti ini untuk menolak kerajaan. Apa yang mereka dapat ? Mereka hanya memalukan nama sendiri sekaligus memalukan nama universiti. Mereka juga akan ditangkap dan turut dikenakan tindakan oleh pihak atasan. Justeru, penglibatan pelajar dalam politik adalah dibenarkan, tapi janganlah terlalu taksub. Fokus dulu pada pelajaran ! 



No comments:

Post a Comment