ASSALAMUALAIKUM
Anda Pengakap Raja ?
Anda bangga dengan anugerah yang anda terima ?
Pehh, gila tak bangga dengan anugerah tu . Bukan semua ahli pengakap terima anugerah tu .
Ahli pengakap yang tertentu je yang sanggup duduki ujian untuk terima anugerah pengakap raja tersebut .
Anugerah Pengakap Raja kan anugerah yang paling tinggi dalam pengakap !
Apakah itu Anugerah Pengakap Raja ?
Secara ringkasnya, Anugerah Pengakap Raja merupakan satu pencapaian tertinggi bagi seseorang ahli Pengakap. Dengan kata lain, anugerah ini merupakan simbol kejayaan ahli Pengakap Remaja yang telah berjaya menamatkan skima lencana di dalam pergerakan Pengakap sekolah.
Mereka yang telah berjaya akan diberikan Lencana Pengakap Raja dan dianugerahkan Sijil Diraja Pengakap Raja.
Sijil Pengakap Raja merupakan sijil yang paling bernilai dan berharga kepada penerima anugerah Pengakap Raja.
Nilai sijil ini begitu istimewa kerana ianya perlu mendapatkan limpah perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk menandatangani sijil tersebut .
*bukan senang tau nak dapat sijil ada tandatangan YDPA dan 9 Sultan
Bagi memperolehi anugerah tersebut,
ahli Pengakap perlu melalui beberapa ujian yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia yang terkandung di dalam skima lencana Pengakap.
So, setiap ahli Pengakap Raja mempunyai kisah dan pengalaman yang berbeza-beza semasa menduduki ujian pentarafan Pengakap Raja .
Dan sebenarnya, aku pun ada kisah aku :)
Stay tuned !
Nak sambung taip "Bangga dengan Anugerah Pengakap Raja ?" siri 2 pulak ye :)
saya bangga menjadi salah seorang daripada King Scout Malaysia :) sejuta ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada Puan Sumartini, Tuan Hj. Helmy, Puan Fidya, ibubapa, sahabat dan Persekutuan Pengakap Negeri Melaka atas sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan sehingga berjaya. #Melaka #2013
ReplyDeletePengalaman semasa pentarafan benda tak bole lupa ooo. Hahahaha
ReplyDeleteCasino - JSH Hub
ReplyDeleteWelcome 수원 출장마사지 to Casino.js.com. 서귀포 출장샵 Play with thousands of free spins 제주 출장마사지 and earn money! - JammyJam.com 시흥 출장샵 Casino 태백 출장마사지 offers the best in casino bonus. Play and stay