Assalamualaikum
* Berita ini adalah rekaan semata-mata. Ini adalah sebahagian daripada simulasi berita bagi subjek Online Journalism
Simulasi Kes Ragut
Shah Alam : Seorang wanita maut selepas koma selama dua hari setelah menjadi mangsa ragut seorang lelaki dalam kejadian di Sekyen 7, Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira 12.45 tengahari, mangsa Syaza Khalid, 22, sedang ber‘selfie’ dengan rakannya di tepi jalan raya telah didatangi seorang suspek menaiki motosikal.
Berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sebelum suspek bertindak menolak mangsa sehingga terjatuh di tepi jalan dan mangsa mengalami kecederaan serius di kepala.
Mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan namun mangsa telah disahkan meninggal dunia setelah koma selama dua hari akibat pendarahan di kepala yang serius.
Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner, Fatihah Azmi berkata, suspek berjaya melarikan diri selepas mengambil beg tangan mangsa yang berisi wang tunai sejumlah RM3,000, passport antarabangsa dan sebuah telefon bimbit.
Fatihah Azmi berkata “hasil siasatan kami mendapati suspek ialah Awang Miro Sastrowo, 45, merupakan warganegara Indonesia yang telah menetap di sini selama enam bulan turut mempunyai rekod jenayah pecah rumah dua bulan yang lalu, namun pihak polis masih belum berjaya memberkas suspek”.
“Usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tempoh hari diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan,” ujarnya lagi dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Rakan mangsa, Wahida Wasiniwafa, 22, yang berada di tempat kejadian masih lagi terkejut dengan kejadian yang berlaku di depan matanya telah menyebabkan rakannya meninggal dunia.
“Saya berasa sedih atas kejadian yang menimpa Syaza berlaku apabila kami leka dengan ber‘selfie’ di tepi jalan raya itu telah meragut nyawa rakan saya,” katanya sebak ketika ditemui di majlis pengebumian pagi tadi.
Tambahnya lagi “saya berharap peragut tersebut dapat diberkas dengan segera dan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya, dia bukan sahaja telah meragut barang malah menjadi pembunuh kepada mangsa ragutnya”.