Tuesday, 31 March 2015

Kata perhimpunan aman, tapi tak aman !



ASSALAMUALAIKUM 

PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 2102


Menurut perkara 10 Perlembagaan Persekutuan : Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuhkan Persatuan, semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata.

Namun, pada perhimpunan Bersih 3.0 yang juga dipanggil Duduk Bantah iaitu suatu perhimpunan tunjuk perasaan yang dianjurkan pada 28 April 2012 di pusat bandar Kuala Lumpur yang bertujuan untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia telah gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2011. Perhimpunan ini dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan disokong oleh pembangkang. Peserta perhimpunan telah melakukan perlakuan ganas dengan merempuh sekatan polis dan turut membawa anak kecil yang ternyata membahayakan anak kecik tersebut yang masih tidak tahu apa-apa. Tindakan ini sekaligus akan menimbukan kekecohan dan pergaduhan antara pihak polis dan peserta perhimpunan.

Persoalannyaa, semasa perhimpunan ini diadakan mengapa perlu membawa kanak-kanak ? Adakah ini untuk mengajar kanak-kanak tersebut ? Kata perhimpunan aman, kenapa perlu ada provokasi dan pergaduhan ? Siapa yang memulakan provokasi ini ?


Pada pendapat saya, perhimpunan aman ini akan berjalan dengan lancar jika tiada provokasi dari kedua-dua pihak. Dah nama pon perhimpunan aman kan, kenapa nak kecoh-kecoh ! Para peserta yang hadir untuk berhimpun juga hendaklah mematuhi peraturan yang diberikan oleh pihak berkuasa. Bila dah diberi kebenaran untuk berhimpun, patuhi arahan pihak atasan. Berbalik kepada soalan diatas, kenapa perlu bawa kanak-kanak ke perhimpunan ini sedangkan sudah termaktub di dalam Akta Perhimpunan Aman 2011 bahawa orang yang membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan kesalahan dan boleh didenda. Mereka itu masih kecil lagi untuk didedahkan dengan isu politik ! Apakah relevannya bawak kanak-kanak ke perhimpunan yang penuh dengan manusia dan pada waktu panas terik ??

Terdapat juga penglibatan wartawan dalam perhimpunan ini yang bertujuan untuk mendapatkan berita sekaligus menyampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia. Namun, terdapat wartawan yang berat sebelah dalam menyampaikan berita. Ini sangat tidak saya setuju kerana sebagai seorang wartawan, mereka hendaklah menyampaikan sesuatu berita dengan tepat. Sebagai contoh, terdapat pihak polis yang melakukan keganasan terhadap peserta perhimpunan atas sebab peserta tersebut membuat provokasi, tidak salah rasanya untuk dipaparkan kepada media. Bukan tujuan  mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran.

Penuntut universiti tempatan juga turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai perhimpunan bersih 3.0 ini kerana terdapat beberapa tuntutan yang dituntut oleh mereka iaitu isu pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma. Semenjak Akta Universiti Kolej Universiti membenarkan pelajar untuk terlibat dengan politik, semakin ramai pelajar yang berani untuk berbuat demikian terutama sekali untuk menyertai perhimpunan seperti ini untuk menolak kerajaan. Apa yang mereka dapat ? Mereka hanya memalukan nama sendiri sekaligus memalukan nama universiti. Mereka juga akan ditangkap dan turut dikenakan tindakan oleh pihak atasan. Justeru, penglibatan pelajar dalam politik adalah dibenarkan, tapi janganlah terlalu taksub. Fokus dulu pada pelajaran ! 



Thursday, 19 March 2015

Bangga dengan Anugerah Pengakap Raja ? Siri 2


ASSALAMUALAIKUM

Mendapat gelaran Pengakap Raja ? 
Siapa yg tak bangga ! 
Ahli pengakap yg lain akan respect kau sebab kau pengakap raja . Orang mungkin akan kata 'mesti banyak ilmu kau' 'wahh, kau ni hebat la ada pengakap raja' dan mcm-mcm jenis pujian . 
Tp, ada sesiapa yg tau kepayah kami untuk berjaya keperingkat ini ? 
Untuk mendapatkan Sijil Diraja Pengakap Raja yang besar dan ditandangani oleh YDPA dan 9 Sultan di Malaysia . 

Aku ada pengalaman aku ! 
Yang mungkin tak sama dengan pengalaman orang lain .

 Aku mula memasang tekad dan azam utk mengambil ujian Pengakap Raja sejak dari tingkatan 4 . Tp, aku takut . Dengan kekuatan yg sedikit, ilmu kepengakapan yg kurang, kemahiran pon lemah, aku takot aku tak mampu lalui ujian tu . Tapi, atas dorongan keluarga aku, En. Kama Azhar selaku guru penasihat Pengakap Kumpulan 57 SMK Senggarang, Cikgu Aida Muri, Syafiq, Iskandar, Ipin, dan rakan serta akak-akak dan abg-abg Pengakap Raja membuatkan aku kuat !

 Aku sekuntum bunga ditemani 3 kumbang . Nasib ada mereka bertiga, dapat jugak bantu aku . Terima kasih korang ! Aku sgt bersyukur mempunyai keluarga yang menyokong aku . Mereka tetap membantu aku dari segi kewangan dan kata-kata semangat !

 Bukan gelaran yang aku ingin, tetapi ilmu yang aku mahu . Aku taknak orang ckp aku pengakap hanya pada baju, aku ingin menjadi seorang ahli pengakap yang ada ilmu utk aku kongsi pada adik-adikku . Ye, bukan senang . Kau harus berkorban masa belajar . Kau kena bahagikan masa untuk kau belajar dan untuk kau pratis ilmu kepengakapan kau . Kebetulan, masa tu aku tingkatan 5 . Siapa yang sanggup ! 

Sebelum ke ujian pentarafan, aku diuji di pra pentarafan pengakap raja . Sedikit sebanyak aku dpt ilmu utk digunakan masa ujian pentarafan yg sebenar . Aku juga banyak berlatih di sekolah dgn rakan-rakan seperjuangan yg akan mengambil ujian ini . Tak lupa Tuan Asik yg turut membantu kami . Sungguh banyak ilmu yg aku dpt . Setiap hujung minggu aku luangkan masa belajar buat kwsn perkhemahan guna buluh, belajar semua jenis ikatan, sama-sama siapkan buku log . Yang best, aku dan 3 rakan masuk ke hutan utk ambil buluh untuk digunakan masa ujian nnt . Well, aku perempuan kan . So, aku tolong tengok je . Hehe . Alaa, ada la tolong sikit-sikit . 

Aku ingt lg, hari sebelum ujian sebenar, ckgu Kama kumpul kami semua dan luahkan apa yang masing-masing rasa . Aku menangis . Menangis sbb terharu ada rakan-rakan seperjuangan dan pemimpin yg selalu membantu aku ! 

Masa berlalu dengan pantas !

Telah tiba hari Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor 2010 ! 

Kini masanya sudah tiba !
Well, esoknya nak pergi kem seminggu, malamnya aku dan rakan-rakanku masih bz kemas barang dan siapkan semua projek yang kena bawak . Pagi-pagi ayah dah hantar pergi kem . Siap ngeteh roti canai lagi dengan budak-budak ni . 
Okay sambung, pum pang pum pang . Aku dah daftar and aku dapat campsite no 2 . Alhamdulillah . Tak jauh kedalam semak sangat dan sgt dekat dengan tempat urusetia . 
Kawasan aku pon elok sgt . Redup, tak berselerak sgt . 

First thing aku buat, aku bersihkan kawasan kem aku . Ayah dan adik lelaki aku tolong . Tp tak lama . Sbb tak boleh ada org tolong . Haa, time tu gua dh sebak dah ! Cuak ah sorang-sorang takde kawan . Actually ada kawan, cuma masa tu kawan masing-masing jauh! Bila ayah aku balik, aku sambung kerja . Bila kerja aku settle, aku pergi campsite kawan aku . Gua tgok dia tgh buat kerja sambil nangis . Hm, gua pon sebak . Tetiba mata mcm masuk habuk (berair je mata). Hm, meleleh jugak akhirnya .

 Haaa lagi satu, dh la handphone kena amek . Diorg tak bagi guna hp . Hmm . Meranaaa ! Masa ujian seminggu tu jangan harap la dapat makan makanan yg sedap, tido yang lena dan selesa . Mandi pon sekali sehari . Tu pun kalau sempat lah . Kat sana masak sendiri . Biasa calon akan masak nasi dgn sardin . Tp, kalau yg malas makan roti dgn biskut cecah milo je lah . 

Benda paling best, bila aku dh siap buat tempat tido, meja makan, tempat letak kasut, pintu gerbang dan semualah, aku rasa lega . Best jugak tido atas tempat tido beralaskan kain pelikat bapak aku yg mak aku jahit . Lena tau aku tido . Haha . Mcm-mcm ujian sebenarnya . Ujian peti kecemasan ada, kawad kaki ada, bencana alam ada (ujian ni kena panjant pokok atau tempat tinggi), peta kompas ada, ikatan ada, ujian kapak ada . Eh, ada yg aku tak ingt la . Yg best malam kebudayaan . Haa, kami buat zapin . Tp, well . Aku perempuan yg keras sikit, so tak berapa pandai berzapin . Haha . 

Haa, ni ada lagi satu kenangan yang paling aku tak boleh lupa !
Kenangan ni yang membuat pentaraf-pentaraf ingat aku . Hahahaha . 
Ada satu ujian tu, aku tersasul perkataan, berbadan dua, sampai sekarang Tuan Razak tu masih ingat aku sbb perkataan berbadan dua tu la . Haish . Malunyaa . Siap dia canang satu kem . Tapi, tu semua kenangan . Ramai kawan yang aku jumpa . Ramai jugak pentaraf yang aku rapat mgkin sbb selalu berhubung di FB . Bila ujian tamat, rasa mcm taknak tinggalkan kem tu . Rasa mcm sayangnya nak tinggalkan kawan-kawan . Padahal, masa awal-awal dtg nak balik cepat-cepat . Haha .

Setelah hampir 4 bulan menunggu, akhirnya keputusan ujian pentarafan Pengakap Raja pon keluar dan keputusanya.....
aku gagal !!
Ye, aku gagal dan aku cuma kurang 1 mata utk aku lulus . 
Aku menangis . Aku sedih ! Tapi, itu semua tidak mematahkan semangat aku . Aku tetap akan repeat . Yes ! Aku repeat . Dan akhirnya, aku lulus . 

Dan sebenarnya aku tak bangga sgt dengan Pengakap Raja aku tu, tapi aku gembira bila aku dapat kongsi pengalaman dan ilmu pada adik-adik pengakap yang nak ambil ujian pengakap raja ni . Cerita aku mungkin tak sama dengan cerita orang lain, tapi semoga apa yang aku kongsi menjadi penguat semangat utk ahli pengakap yg lain .

Bukan gelaran dan pangkat yang aku cari, tetapi ilmu kepengakapan yang aku mahukan untuk aku berkongsi kepada orang lain !

Bagi adik-adik yang ingin menjadi salah seorang Pengakap Raja, pasanglah nekad dan azam dari sekarang . 
Belajarlah ilmu kepengakapan dari sekarang !
Insya-Allah , semua ilmu yang diperolehi boleh dipraktikkan semasa ujian dan juga dalam kehidupan . 

Semoga Berjaya !

Salam Pengakap :)


Wednesday, 18 March 2015

Bangga dengan Anugerah Pengakap Raja ? Siri 1

ASSALAMUALAIKUM

Anda Pengakap Raja ? 
Anda bangga dengan anugerah yang anda terima ? 
Pehh, gila tak bangga dengan anugerah tu . Bukan semua ahli pengakap terima anugerah tu . 
Ahli pengakap yang tertentu je yang sanggup duduki ujian untuk terima anugerah pengakap raja tersebut .
Anugerah Pengakap Raja kan anugerah yang paling tinggi dalam pengakap !

Apakah itu Anugerah Pengakap Raja ?
Secara ringkasnya, Anugerah Pengakap Raja merupakan satu pencapaian tertinggi bagi seseorang ahli Pengakap. Dengan kata lain, anugerah ini merupakan simbol kejayaan ahli Pengakap Remaja yang telah berjaya menamatkan skima lencana di dalam pergerakan Pengakap sekolah. 



Mereka yang telah berjaya akan diberikan Lencana Pengakap Raja dan dianugerahkan Sijil Diraja Pengakap Raja. 
Sijil Pengakap Raja merupakan sijil yang paling bernilai dan berharga kepada penerima anugerah Pengakap Raja. 
Nilai sijil ini begitu istimewa kerana ianya perlu mendapatkan limpah perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk menandatangani sijil tersebut .
*bukan senang tau nak dapat sijil ada tandatangan YDPA dan 9 Sultan

Bagi memperolehi anugerah tersebut, 
ahli Pengakap perlu melalui beberapa ujian yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia yang terkandung di dalam skima lencana Pengakap.

So, setiap ahli Pengakap Raja mempunyai kisah dan pengalaman yang berbeza-beza semasa menduduki ujian pentarafan Pengakap Raja . 
Dan sebenarnya, aku pun ada kisah aku :)

Stay tuned !
Nak sambung taip "Bangga dengan Anugerah Pengakap Raja ?" siri 2 pulak ye :)
















Sunday, 15 March 2015

Sedikit Pengenalan

ASSALAMUALAIKUM

Cuma nak cakap, ini blog kedua aku. Blog pertama aku makin lama makin mereput . Maklumlah, dah lama tak bukak kan . Hehehehe .
 Bukan apa, dah la blog tu dah lama tak updates, lepastu bila nak bukak password semua lupa . 
Apa lagi, buat la blog baru .
 Insya-Allah, kalau rajin sikit, boleh la selalu updates kat sini . 

Disebabkan ni blog baru aku, so biarlah aku buat karangan pengenalan sikit pasal diri aku !

First :
Nama diberi Nur Syafikah binti Shahrom . Lahir pada 16 Disember 1993 kat Hospital Batu Pahat, lepastu mak ayah aku bawak aku pergi Kuala Terengganu, besarkan aku kat sana selama 10 tahun . 
Boleh tahan pekat loghat Teganu aku masa tuh . Sekarang, bila dah pindah balik Batu Pahat semula, loghat Teganu dah takde dah . 
HEHE 

Anak sulung daripada 5 orang adik beradik dan juga merupakan anak kepada pasangan manis Shahrom bin Wahid dan Fuziah binti Ab. Rahman . 
Hmm, kalau dan nama anak sulung, mesti lah seorang yang agak tegas dan sedikit garang . 
Bukan apa, taknak lah adik-adik pijak kepala kan . Kadang-kadang diorg ni melawan jugak cakap aku !
Aku ada 4 orang adik . 3 perempuan dan seorang lelaki . 
Yang lelaki tu tengah-tengah antara kami anak perempuan ni . Boleh laa kumbang sorang peneman ayah aku.

 So, apa lagi nak tambah ye ?

Hm, okayy . Next !

Aku start sekolah dari tadika lagi .
Sekolah tadika 5 tahun dan tadika 6 tahun . Masa ni sekolah dekat Tadika Kemas je . 
Mesti comel kan aku kecik-kecik pergi sekolah . Atotototo :D
Lepastu, masa Darjah Satu sekolah di Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Kuala Terengganu . 
Aku sekolah kat sekolah tu sampai Darjah Tiga je . 
Lepastu, kena pindah Batu Pahat pulak . Hmm . Kejap sangat rasanyaaaa
Tahun 2004, masa tu Darjah Empat aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Senggarang . 
Mak aihh, masa awal-awal masuk sekolah baru awkward kot !
Yang lain semua loghat Johor, tapi aku masih lagi dengan loghat Teganu yang tak hilang lagi . 
Tercengang semua !
Aku bersekolah kat sekolah kebangsaan tu sampai Darjah Enam, lepastu aku masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang . Dekat je dengan sekolah rendah tu . 

Aku bersekolah di sekolah menengah dari Tingkatan Satu sampailah Tingkatan Enam Atas . 
Hahahaha . Lama kan ! Aku ni dah macam lejen kat sekolah tuh . 
Tak payah nak lejen sangat . Siapa suruh malas belajar !
Kan dah kena dok kat sekolah tu lama-lama . 
Hmm, padahal sayang nak tinggalkan sekolah tuh . Tu yang sanggup tolak tawaran ke Politeknik Ungku Omar dan sambung Tingkatan Enam. 
Rezeki kita Allah dah atur . Dia dah susun baik-baik perjalanan hidup kita . 
Ada hikmahnya aku sambung Tingkatan Enam ni :)
Alhamdulillah . 

So, nak dipendekkan ceritaa...

Berkat usaha selama setahun setengah belajar di Tingkatan Enam, aku ditawarkan untuk sambung degree dalam bidang Kewartawanan di UiTM Shah Alam. 
Dapat belajar benda yang aku minat kot ! 
Bersyukur sangat .
Mungkin juga berkat dan rezeki aku pada bulan Ramadhan . 
Kebetulan keputusan UPU keluar masa bulan Ramadhan. 
Alhamdulillah !!
Kini, aku adalah seorang penuntut di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam .
Insya-Allah akan bergelar graduan tidak lama lagi .
Amin !